SALAM KASIH

Syukur Alhamdulillah kerana kita sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati segala ciptaan dan kekuasaan-NYA yang ada di alam ini. Sebagai hamba, amat besar tanggungjawab kita untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA yang Maha Berkuasa. Dalam menikmati kehidupan ini, jangan sesekali kita alpa untuk terus memberi sumbangan kepada makhluk Allah SWT walau apa jua. KEMBARA MINDA ini adalah hasil pembacaan dan pengalaman diri yang sedikit untuk dikongsikan bersama walaupun tidak sehebat mana. TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi apa sahaja di ruangan bicara ini dan tidak lupa kepada sumber-sumber rujukan saya.

Monday, 30 January 2012

WELCOME Rabiul Awwal

Sedar tak sedar kita dah masuk bulan ketiga dalam kalendar HIJRAH 1433, bulan Rabiul Awwal. Tak terlambat untuk saya ungkapkan "Ahlan Wasahlan, Welcome dan Selamat Datang" kepada Rabiul Awwal. Menurut buku Sirah Bulan-bulan Hijrah, Rabiul Awwal bermaksud bermulanya musim bunga bagi tanaman iaitu pokok dan bunga hasil tanaman orang  Arab dan telah dikekalkan oleh baginda Rasulullah SAW setelah kedatangan Islam sehinggalah sekarang.

Sudah pastinya apabila kehadiran bulan yang mulia ini, kita akan sentiasa ingatkan peristiwa agung yang berlaku. Tak lain dan tak bukan ialah kelahiran junjungan Rasul yang mulia, Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awwal. Sebagai umat yang kasih dan cintakan baginda SAW, kita hendaklah melatih diri untuk terus berselawat kepada baginda SAW dan seluruh ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang telah banyak berjuang untuk membawa syiar Islam.

Selain berselawat, kita haruslah mempertingkatkan amalan ibadah harian kita agar sentiasa bertambah. Semoga kehidupan kita bersama keluarga, sahabat-sahabat, jiran tetangga, sanak saudara dan seluruh umat Islam akan terus diberkati oleh Allah SWT dan akan mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...