SALAM KASIH

Syukur Alhamdulillah kerana kita sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati segala ciptaan dan kekuasaan-NYA yang ada di alam ini. Sebagai hamba, amat besar tanggungjawab kita untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA yang Maha Berkuasa. Dalam menikmati kehidupan ini, jangan sesekali kita alpa untuk terus memberi sumbangan kepada makhluk Allah SWT walau apa jua. KEMBARA MINDA ini adalah hasil pembacaan dan pengalaman diri yang sedikit untuk dikongsikan bersama walaupun tidak sehebat mana. TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi apa sahaja di ruangan bicara ini dan tidak lupa kepada sumber-sumber rujukan saya.

Wednesday 8 August 2012

TIP MEMANDU SELAMAT DI LEBUH RAYA


Salam Laillatul Qadar buat semua pembaca kembara minda...

Dalam kesempatan di bulan mulia ini, saya nak kongsikan dengan rakan-rakan tip memandu dengan selamat di lebuh raya, lebih-lebih lagi kita dah hampir ke penghujung Ramadhan. Malah ade yang dah buat persiapan untuk pulang berhari raya di kampung halaman, termasuklah penulis. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kita bersama.  

Terima kasih kepada PLUS kerana menyediakan TIPS ini melalui buku KEMBARA PLUS, Julai 2012.

1. SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

- RANCANG perjalanan anda.
- Dapatkan REHAT secukupnya.
- ELAKKAN mengambil minuman atau ubatan yang boleh mendatangkan kesan MABUK atau  MENGANTUK.
- HINDARKAN perasaan negatif seperti MARAH, KECEWA dan TERAGAK-AGAK sebelum memandu.
- PERIKSA kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
- Simpan ALAT BANTUAN KECEMASAN di dalam kenderaan.
- Pastikan TAYAR GANTIAN mempunyai angin yang mencukupi.
- SERVIS kenderaan anda tepat pada masanya.


Monday 6 August 2012

BUAH TANGAN TERBAIK di BULAN Ramadhan

Salam sahabat-sahabat pembaca..


Penulis nak ajak kita fikir sama-sama, fikir je..pastu nilai...



Monday 23 July 2012

Syabas adik-adik SMK ALAM MEGAH 2


Salam buat sahabat-sahabat saya, terutama adik-adik daripada SMK Alam Megah 2, Shah Alam yang telah berjaya menamatkan Kem Perkampungan Apresiasi SPM 2012 di Kem Bina Negara, Tg. Rhu, Sepang pada 13-15 Julai 2012 yang lalu.

Abg Lan doakan kalian berjaya dan akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi dan tanpa erti putus asa. Gunakanlah segala kemahiran yang telah kita kongsi bersama untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam SPM yang bakal menjelma. 

Buat guru-guru, tahniah diucapkan atas usaha yang cemerlang ini tanpa mengira penat lelah untuk terus memberi khidmat yang terbaik untuk anak bangsa tercinta. Kepada ibu bapa, teruskanlah mendoakan kejayaan anak kita untuk menjadi generasi yang soleh dan solehah, cemerlang di dunia dan akhirat kelak.

Untuk Team AsasInsan Resources & Training, terima kasih kerana memberi ruang dan peluang untuk turut serta berkongsi pengalaman dan ilmu yang serba sedikit ini bersama adik-adik. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program yang penuh manfaat ini. Semoga kita berjumpa lagi.






Wednesday 18 July 2012

Tazkirah Ramadhan daripada Dr. Zaharuddin

Salam buat sahabat-sahabat..
Suka saya untuk kongsikan dengan anda semua, tazkirah daripada Dr. Zaharuddin, sama-samalah kita panjangkan tazkirah ini untuk kita bersama...Terima kasih Ustaz dan semua.




Saturday 14 July 2012

MEDIA!!!

Mengguna HUKUM AKAL dalam MENAPIS maklumat disiar MEDIA

Oleh Imlan Adabi
imlanadabi@nstp.com.my

MEDIA dan kebebasan sering diperdebatkan. Sejak Zaman Pencerahan (Age of Enlightenment), manusia sudah memperkatakan mengenai kebebasan dan hak asasi. Media pula muncul apabila hak asasi dan kebebasan dikongsi untuk bertukar pendapat dan menyebarkan maklumat.

Saturday 7 July 2012

10 CARA KRITIK RAKAN SEKERJA

Dalam satu organisasi, pasti ada di antara rakan-rakan sekerja yang melakukan kesalahan sama ada tidak sengaja ataupun yang disengajakan. Akibatnya, secara tidak langsung ia mengganggu ketenteraman para pekerja lain.

Mahu atau tidak, anda yang merupakan sebahagian daripada komuniti tersebut perlu mengingatkan rakan-rakan sekerja yang bermasalah ini atau memberi sedikti teguran. Berikut beberapa cara untuk menyampaikan kritikan yang berkesan:


Saturday 30 June 2012

Kisah Ketua Paderi Kristian Masuk Islam


Salam buat rakan-rakan...
Di sini saya kongsikan satu cerita yang telah saya baca melalui laman Harian Metro Online. Semoga dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua. 

Baca dan Ambil Pengajaran
KETUA PADERI SELUROH SABAH MASUK ISLAM
(Rev.Thomas Laiden -- Ust.Tajuddin Othman Abdullah)
Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.

Friday 29 June 2012

Tip Bekerja Ketika Hamil

Gambar sekadar hiasan


Kehamilan pastinya sesuatu yang mengujakan buat para wanita. Namun harus diingat, bekerja ketika hamil memerlukan tenaga serta kekuatan yang besar. Baik dari segi mental mahupun fizikal. Jadi, bagaimana agaknya untuk sukses dalam kerjaya dan pada masa yang masih mampu menjaga kandungan? Tip di bawah mungkin boleh membantu:

* Saya telah tukarkan hasil tulisan ini dalam bentuk yang  lebih menarik. Penulisan yang penuh boleh lihat (di sini)

 
 
 
 
Terima kasih kepada sumber: 


Thursday 28 June 2012

13 Tips Seronok Bersenam

Oleh Anna Ramli

Bosan dengan rutin senaman anda? Rasa terpaksa melakukannya? Kecewa dengan hasilnya? Di sini saya ingin kongsikan tips untuk membantu menjadikan masa bersenam dan melakukan workout di gim dengan lebih berkesan dan seronok.

Wednesday 27 June 2012

Cabar Diri Sendiri Untuk Berjaya



RASA TIDAK ADIL BUKAN JIKA ANDA YANG TELAH BERTAHUN-TAHUN LAMANYA MENCURAHKAN BAKTI KEPADA MAJIKAN MASIH KEKAL SEBAGAI KAKITANGAN BIASA. SEMENTARA ADA PULA DI KALANGAN RAKAN-RAKAN YANG SEUSIA, BAHKAN ADA YANG LEBIH MUDA MEMILIKI KARIER YANG HEBAT.

Cemburu bukan? Tidak salah jika anda berasa iri hati  tetapi lebih baik jangan dipendam. Jadikan ia sebagai pemacu untuk anda menjadi seorang yang lebih bersemangat.  Tanamkan juga dalam diri anda bahawa jika mereka boleh, sudah tentu anda juga boleh.

Tuesday 26 June 2012

8 Langkah Atur Kewangan

Memang ramai yang tidak ambil kisah soal mentadbir dan mengawal kewangan kerana percaya bahawa pekerjaan dengan gaji yang tinggi akan menyelesaikan semua masalah kewangan mereka. Kenyataannya tidak begitu, lalu bagaimana sebaiknya? Jawablah dengan jujur pertanyaan ini;
  • Apakah saat ini anda tidak mempunyai hutang?
  • Apakah anda memiliki tabungan yang cukup?
  • Apakah tabungan cukup untuk 10 tahun hidup tanpa bekerja?
  • Apakah anda sudah mempunyai Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Keluarga?

10 Sikap Positif Bina Kerjaya

Oleh: NOR AMIZA ABD KADIR


Mengapa sebahagian individu mudah mencapai kedudukan teratas di organisasi, sementara sebahagian lagi sukar untuk mendapatkan promosi? Apakah kecerdasan, bakat dan kekuasaan individu - individu ini menjadi faktornya? Tidak juga kerana sikap seseorang individu itu lebih berperanan. 

Thursday 10 May 2012

Selamat HARI GURU!!!!!

Assalamualaikum wbt...sahabat-sahabat pembaca..

16 MEI 2012/24 JAMADIL AKHIR 1433

BUAT WARGA PENDIDIK....SEDAR tak sedar bulan MEI ini akan sentiasa mengingatkan kita kepada Sambutan HARI GURU. Namun, sebagai insan, kita hendaklah sentiasa mengenang, mengingati dan membalas jasa guru yang telah bertungkus lumus membina generasi terbaik di dunia.

Wednesday 9 May 2012

9 JENIS ANAK SYAITAN


Terima kasih kepada sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2012 (1433H – 1434H), terbitan Bumi Restu Creative Sdn. Bhd (bumires2_creative@ymail.com)

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Di sini saya ingin kongsikan bersama pembaca apa yang telah saya perolehi daripada sumber di atas. Saya cuma buatkan isinya beserta grafik sebagai hiasan. Terima kasih.


Monday 30 April 2012

Rahsia Solat Awal Waktu










Salam sayang untuk semua,

Artikel ini saya perolehi daripada perkongsian ilmu daripada teman saya melaui e-mel yang telah ditulis oleh Ustaz Zahazan (Pensyarah UIAM)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Pada waktu Subuh 

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur 

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang- ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


Waktu Asar 

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidurla tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib 



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak 



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya...


Wallahualam...

Sunday 29 April 2012

Kejutan Dalam April - Ku bersyukur pada-NYA.


Salam mesra buat rakan-rakan semua..

Agak terkejut sebenarnya 'kami' setelah menyemak e-mel YAHOO pada 27 April jam 3.00 petang selepas pulang dari makan tengah selepas solat Jumaat yang lalu (ni pun nak cerita jugak). Bukan apa, hati yang memaksa diri untuk menyemaknya. Lagipun sejak balik dari Kursus Falak di ILDAS hari Rabu tu, tak buka lagi e-mel. Nak 'rest' dari dunia internet la sekejap (satu hari je pun). Ada satu e-mel yang bertajuk Keputusan Pertandingan Menulis Sajak Falak/Astronomi Sempena Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012. Bila buka sahaja e-mel , tengok-tengok nama 'kami' tersenarai sebagai pemenang tempat ke-3. Ya Allah, syukurnya dan sangat terkejut. Rupa-rupanya ada bakat juga 'kami' dalam menulis sajak ni. Ingatkan tak de 'skill' langsung. Mana tidaknya, hantar penyertaan pun 'last minute' selepas 2 hari fikirkan idea untuk menulis sajak ni (bukan senang oooo...).

Yang lebih memeranjatkan lagi, tarikh majlis penyampaian hadiah tu, 28 April 2012 (maknanya esok je la, hari Sabtu). Hari ni Jumaat. Sekarang masih kt Nilai. Tempatnya kt AEON Seberang Perai City Shopping Centre, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Maka, fikir punya fikir. Terpaksa balik juga. Bukan sebab nak ambil hadiah tu, tapi dah plan lama nak balik Penang, cuma tunggu masa saja, sebabnya ada urusan yang lebih penting dengan sahabat-sahabat Falak di Penang. Tunggu apalagi, terus bersiap-siap (bungkuih barang) untuk balik Penang la...

Syukurlah, dalam dok 'kalut-kalut' tu, ada jugak tiket bas nak balik Penang, sebab tiket keretapi dah habis. Sedih lah juga, sebab sebelum ni dok setia ngan keretapi je. Nasib tak menyebelahi 'kami'. Maka sampai sahaja kat rumah, Mak terkejut la yang 'kami' balik. Abah lagi la terkejut, tu pun lepas tengah hari baru perasan 'kami' ada kat rumah. Hahahaha...

Cerita tu dah lepas. Apa-apapun TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada penganjur Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012 iaitu Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Petrosains atas kejayaan menganjurkan program ilmu lagi bermanfaat yang sedemikian rupa. Tahniah juga kepada pemenang tempat pertama dan kedua (pencabar la ni..hehehe) kerana sajak 'hangpa' memang best dari sajak 'kami'. Insya Allah nanti 'kami' masukkan sajak 'hangpa' ni jika diizinkan penganjur. Ini keputusannya:


Pertama : "Bayang, Cinta Dan Bahagia" - Muhammad Muhaimin B. Mohd Subki
Kedua    : " Perindu Cakerwala" - Noraziah Binti Md Desa
Ketiga    : " Bicara As-Syi'ra" - Mohd Razlan Bin Ahmad


Selain itu, antara pengisian pada majlis tersebut adalah seperti berikut:

28 April 2012 - AEON Seberang Perai City Shopping Centre.

10.00 pagi   - Pameran Falak & Cerapan Matahari
10.30 pagi   - Bicara Falak
                        Tajuk 1: Masjid & Surau - Hukum dan Isu yang berkaitan.
                        Tajuk 2: Penentuan dan Penetapan Arah Kiblat.
2.30 petang - Talk Show Astronomy
                        Oleh: Kapten Mohammed Faiz Kamaludin (Calon Angkasawan Negara)
4.30 petang - Pertunjukan Soap Bubble.
4.45 petang - Pertandingan Deklamasi Sajak Falak/Astronomi.
8.00 malam - Majlis Perasmian Penutup,
9.30 malam - Cerapan Bintang/Planet

*p/s: Kepada peminat falak yang sudi untuk berkongsi sajak bersama saya, amatlah dialu-alukan.

Untuk gambar pula, nanti saya masukkan dari semasa ke semasa. Yang ada pun ini sahaja (guna handphone sahaja). Tak berapa cantik...

Kan tak berapa 'clear' tu..tunggu yang clear la nanti..

Ucapan aluan Y. Bhg. S. S. Dato' Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri P. Pinang 

Inilah rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada 'kami'










Thursday 29 March 2012

Sebagai RENUNGAN...




Terima kasih kepada yang 'design' kan nukilan ini. Semoga rahmatNYA sentiasa milik kita bersama.

Wednesday 21 March 2012

Apakah makanan kita setiap hari?

Yang terbaik sama-sama kita usahakan untuk kesihatan bersama. HIDUP SIHAT SENTIASA!!!

Monday 19 March 2012

Kisah Dari Mahkamah Indonesia

* Catatan ini saya telah terima daripada seorang rakan melalui emel yahoo saya. Tersentuh setelah membacanya. Moga-moga keadilan akan terus terlaksana di muka bumi ini.Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama saya diruangan ini.

Catatan tersebut tertulis: Assalamualaikum semua; bacalah kisah yg penuh dgn pengertian untuk penghayatan bagi kita sebagai hambaNYA. Semoga kita mendapat hidayah dan keberkatan dalam kehidupan sebagai manusia yang berhati mulia…. Wallahualam…. 


Agak sedih dan terharu gak baca kisah hakim juga hadirin dalam mahkamah yang membantu seorang nenek tua membayar denda akibat mencuri ubi kayu. Aku harap masih ramai insan yang berhati mulia seperti dalam kisah di bawah ni… 

cid:_1_065FAEFC065FACA80024A4A9482579B8



Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. 


Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. 

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. 

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. 

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah. 

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. 

 “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.” 

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.. 

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.








cid:image002.png@01CC55C5.B9B99F90
"Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...