SALAM KASIH

Syukur Alhamdulillah kerana kita sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati segala ciptaan dan kekuasaan-NYA yang ada di alam ini. Sebagai hamba, amat besar tanggungjawab kita untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA yang Maha Berkuasa. Dalam menikmati kehidupan ini, jangan sesekali kita alpa untuk terus memberi sumbangan kepada makhluk Allah SWT walau apa jua. KEMBARA MINDA ini adalah hasil pembacaan dan pengalaman diri yang sedikit untuk dikongsikan bersama walaupun tidak sehebat mana. TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi apa sahaja di ruangan bicara ini dan tidak lupa kepada sumber-sumber rujukan saya.

Monday 13 February 2012

Fakta MENARIK Tentang ISLAM

Terima kasih kepada sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2012 (1433H – 1434H), terbitan Bumi Restu Creative Sdn. Bhd (bumires2_creative@ymail.com)

Fakta Menarik Tentang Islam
  1. Ternyata nama yang paling banyak diguna di dunia adalah ‘Muhammad’ disusuli dengan nama ‘Jack’.
  2. Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.
  3. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.
  4. Beberapa ayat di dalam al-Quran menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dengan wanita (secara penghitungan Matematik). Kata ‘Lelaki’ dan ‘Wanita’ di dalam al-Quran sama-sama berjumlah 24.
  5. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal al-Quran) sehingga keasliaan dan kesuciannya selalu terjaga.
  6. Jikalau sekarang al-Quran dihancurkan, maka versi Arab Al-Quran akan segera digantikan oleh jutaan Muslim, yang digelar Huffaz yang telahmenghafal setiap perkataan di dalam al-Quran dari awal sehingga ke akhir ayat.
  7. Berdasarkan data daripada Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 15 000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Military (Statistik 1997).
  8. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah SAW mengadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat yang sebelumnya berkiblatkan ke Masjid Baitul Maqdis selama 16 bulan.
  9. Para angkasawan telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan sejenis radiasi yang berpusat di kota Makkah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet Mars dan masih berlanjutan.
  10. Jasad Nabi Muhammad SAW pernah ingin dicuri dua kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri itu dihilangkan oleh Allah SWT dari bumi.
  11. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah SAW memimpin, hanya sekali saja kaum Muslimin menerima kekalahan iaitu dalam Perang Uhud.
  12. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.


- Hajarul Aswad -


Wednesday 8 February 2012

11 jenis MAKANAN PENYEBAB LUPA

Makanan yang terbaik, memberikan kehidupan yang terbaik...

  • Banyak makan epal yang sudah masam.
  • Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
  • Banyak makan bawang besar.
  • Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
  • Memakan kepala ikan.
  • Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
  • Makan sehingga terlalu kenyang.
  • Makan makanan yang telah disentuh oleh tikus.
  • Makan makanan yang dijual di warung yang kotor dan terdedah.
  • Minum minuman yang memabukkan.
  • Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera. Bahan kimia yang terdapat di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
-Gambar Hiasan-
-Gambar Hiasan-
-Gambar Hiasan-
-Gambar Hiasan-
-Gambar Hiasan-
-Gambar Hiasan-
-Gambar Hiasan-
-Gambar Hiasan-
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.” 
(Hadis riwayat Muslim).



Terima kasih kepada sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2012 (1433H – 1434H), terbitan Bumi Restu Creative Sdn. Bhd (bumires2_creative@ymail.com)


Sunday 5 February 2012

Jom BERSELAWAT!!!!

Kehebatan Rasul SAW untuk kekuatan kita bersama...



Tiada apa yang mampu saya ungkapkan sempena peristiwa agung kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiul Awal tiap-tiap tahun. Kehebatan, keangungan, kemasyuran, kemuliaan dan sebagainya sentiasa disebut sehingga ke akhir zaman. Umum mengetahui akan keagungan peristiwa ini. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan lafaz syukur pada-NYA kerana masih mengekalkan keimanan di hati. Moga-moga diberikan hidayah dan kekuatan hati untuk terus berusaha menjadi umat dan hamba yang terbaik. marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang telah membawa sinar keimanan sehingga ke hari ini. 

"Salam Mauldiur Rasul SAW 1433H"




Makna perkataan "Selawat"

Perkataan selawat ( bahasa Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat

(bahasa Arab: الصلاة‎ ), doa, pujian]

Telah berkata Al-Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah:

  1. Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
  2. Dan salawat malaikat ialah doa.
  3. Dan salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]
Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Friday 3 February 2012

Tarikh PENTING dalam ISLAM 1433H - 1434H / 2012M

Kebahagiaan adalah milik kita bersama...

Sedar-tak sedar, ingat tak ingat, buat-buat lupa kita sedang menikmati fasa bulan Februari ini. Dalam kesibukan aktiviti harian kita, janganlah kita lupa akan beberapa TARIKH PENTING dalam KALENDAR HIJRAH kita untuk tahun ni. Di sini, adalah sikit sebanyak yang boleh saya kongsikan sesama kita. Moga-moga kita tidak lupa akan beberapa peristiwa besar ini dalam hidup kita.
  • 12 Rabiul Awal 1433H / 5 Feb 2012 (Ahad) = MAULIDUR RASUL SAW
  • 27 Rejab 1433H / 17 Jun 2012 (Ahad) = ISRAK & MIKRAJ
  • 15 Syaaban 1433H / 5 Julai 2012 (Khamis) = NISFU SYAABAN
  • 1 Ramadhan 1433H / 21 Julai 2012 (Sabtu) = AWAL RAMADHAN
  • 17 Ramadhan 1433H / 6 Ogos 2012 = NUZUL AL-QURAN
  • 1 Syawal 1433H / 19 Ogos 2012 = HARI RAYA AIDILFITRI
  • 1 Zulhijjah 1433H / 17 Oktober 2012 = AWAL ZULHIJJAH
  • 10 Zulhijjah 1433H / 26 Oktober 2012 = HARI RAYA AIDIL ADHA
  • 1 Muharram 1434H / 15 November 2012 = AWAL MUHARRAM
Tengok macam 'fmous' je kan tarikh-tarikh ni. Kalau macam tu, sama-samalah kita saling ingat memperingati akan kebesaran dan hikmah disebalik tarikh ini.






Thursday 2 February 2012

Generasi al-Quran Kreatif (GEnQ)

Kita doakan yang terbaik untuk kita bersama...


Satu perkara yang telah membuka hati saya sejak kebelakangan ini ialah kemunculan Majalah GEnQTerbitan Telaga Biru Sdn Bhd Edaran Ekslusif oleh STORMREADER. Sangat menarik untuk dijadikan teman akrab kita seharian. Tak kira apa jua lapisan masyarakat. Saya rasa semua mampu memilikinya. Bukan ape pun, RM7 sahaja di pasaran (bukan nak promosi, benda yang sangat baik kan..) Tak salah kalau saya nak ajak sahabat-sahabat yang masih belum beli, dapat, baca dan jadikan koleksi bersama seisi keluarga, teman-teman dan orang di sekeliling kita. Saya pun dah dapatkannya. Sekarang ni dah No.6. Semoga manual ini akan terus menjadi teman setia kita setiap masa. Kalau nak tahu ciri-cirinya boleh je layari GEnQ ini. Ini cuma nak kongsi je, untuk kebaikan bersama. Lepas baca, jangan lupa kongsikan ilmu yang diperolehi dengan orang sekeliling kita pula...SELAMAT MEMBACA BERSAMA TEMAN SETIA!!!












Wednesday 1 February 2012

10 TABIAT MUDAH MENABUNG

10 TABIAT MUDAH MENABUNG

Salam hebat untuk semua...
Sebagai permulaan di bulan Februari ni, saya ingin kongsikan sesuatu yang amat menarik perhatian saya dan kita untuk sama-sama kita amalkan bersama. Memang mula-mula rasa macam susah, tapi saya yakin InsyaAllah kita akan sama-sama rasa kesan baiknya. Bukan apa pun, ni untuk melatih kita untuk terus berjimat cermat selain daripada menabung duit syiling  yang 'sikit-sikit, lama-lama harap jadi bukit'. Kalau jadi bukit, maka beruntunglah kita. Kalau tak? Tentu susah kan? Jom kita tengok, apa yang saya boleh kongsikan ini setelah saya membacanya daripada senaskah surat khabar. Jom Baca!!!!

1. BERHENTI MEROKOK
“ Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya Berjaya menjimatkan RM20 seminggu.” Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1, 040 setahun.






2. BAWA BEKALAN KE TEMPAT KERJA
“Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”
Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah anda boleh menyimpan RM1 560 di bank tahun depan.



3. CUCI KERETA SENDIRI
“Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 – RM10 sekali cuci. Ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik, cubalah kilatkan sendiri kereta anda”. Mencuci dan mengilatkan kereta anda membolehkan anda menabung RM1 872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

4. BERIADAH DI RUMAH
“Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat saya jimatkan ialah RM180 sebulan. RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2 160 dalam akaun itu.


5. BAYAR BIL KREDIT KAD PADA MASANYA
“Sentiasa bayar bil kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh selesaikan baki kad kredit anda secepat yang mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.” Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.



6. AJAR ANAK ANDA SENDIRI
“Saya mempunyai 3 orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara 7 tahun hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM360 sebulan.” Menyelam sambil minum air, ajar anak anda sambil menghabiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menjimatkan RM4 320 setahun untuk perbelanjaan mereka di menara gading kelak.



7. LEPAK DI GERAI THE TARIK DARIPADA RESTORAN YANG MAHAL
“Dahulu saya dan kawan-kawan suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hamper RM50 setiap minggu. Sekarang kami lepak di gerai the tarik dan hanya membelanjakan RM10 seminggu. Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2 080 setahun.



8. KURANGKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan penggunaan elelktrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk pengahawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 kepada RM120 sebulan.” Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1320 setahun.




9.RANCANG PEMBELIAN BARANGAN DAPUR

“Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukan dengan membeli keropok, minuman dalam tin, dan gula-gula. Tahun ini, saya cuba untuk mengikut senarai yang telah dibuat dan berjaya menjimatkan RM80 sebulan.” Ikut senarai beli belah yang anda buat dan jimatkan RM 960 setahun.

10. JELASKAN BIL ANDA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DALAM TALIAN (ON-LINE)
Saya bayar hampir kesemua bil saya menggunakan kemudahan internet. Saya dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan.” Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan internet. Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda.

Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah akan hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!

Terima kasih kepada sumber: Pelabur Malaysia (www.min.com.my),
Dipetik daripada: Berita Harian, Isnin, 16 Januari 2012, ms C20 BH1klassifieds.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...