SALAM KASIH

Syukur Alhamdulillah kerana kita sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati segala ciptaan dan kekuasaan-NYA yang ada di alam ini. Sebagai hamba, amat besar tanggungjawab kita untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA yang Maha Berkuasa. Dalam menikmati kehidupan ini, jangan sesekali kita alpa untuk terus memberi sumbangan kepada makhluk Allah SWT walau apa jua. KEMBARA MINDA ini adalah hasil pembacaan dan pengalaman diri yang sedikit untuk dikongsikan bersama walaupun tidak sehebat mana. TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi apa sahaja di ruangan bicara ini dan tidak lupa kepada sumber-sumber rujukan saya.

Monday 30 January 2012

DOA TAUBAT


Marilah sama-sama kita amalkan selalu untuk kebaikan bersama
WELCOME Rabiul Awwal

Sedar tak sedar kita dah masuk bulan ketiga dalam kalendar HIJRAH 1433, bulan Rabiul Awwal. Tak terlambat untuk saya ungkapkan "Ahlan Wasahlan, Welcome dan Selamat Datang" kepada Rabiul Awwal. Menurut buku Sirah Bulan-bulan Hijrah, Rabiul Awwal bermaksud bermulanya musim bunga bagi tanaman iaitu pokok dan bunga hasil tanaman orang  Arab dan telah dikekalkan oleh baginda Rasulullah SAW setelah kedatangan Islam sehinggalah sekarang.

Sudah pastinya apabila kehadiran bulan yang mulia ini, kita akan sentiasa ingatkan peristiwa agung yang berlaku. Tak lain dan tak bukan ialah kelahiran junjungan Rasul yang mulia, Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awwal. Sebagai umat yang kasih dan cintakan baginda SAW, kita hendaklah melatih diri untuk terus berselawat kepada baginda SAW dan seluruh ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang telah banyak berjuang untuk membawa syiar Islam.

Selain berselawat, kita haruslah mempertingkatkan amalan ibadah harian kita agar sentiasa bertambah. Semoga kehidupan kita bersama keluarga, sahabat-sahabat, jiran tetangga, sanak saudara dan seluruh umat Islam akan terus diberkati oleh Allah SWT dan akan mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  






Sunday 29 January 2012

JOM sertai ISLAMIC AID MALAYSIA

Assalamualaikum WBT buat sahabat-sahabat...

Baru-baru ini ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah daripada UKM Bangi (masa tu pergi ambil baucer buku...hehe), saya terdengar satu bual bicara di Radio IKIM yang menjemput wakil daripada ISLAMIC AID MALAYSIA yang telah membincangkan berkaitan program-program baru di IAM. Setelah mendengar perbincangan tersebut, saya amat tertarik dengan program dan objektif penubuhan IAM ini. Terasa amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada team IAM. Kagum dengan semangat Team IAM ini yang menjalankan tanggungjawab sebagai hamba sesama hamba yang beriman. Semoga saya akan diberikan kekuatan sama seperti dengan rakan-rakan yang telah menyertai team ini. Apa yang termampu dahulu setakat ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat di luar sana untuk turut menyertai IAM. "Berilah sumbangan selagi terdaya." Semoga usaha, semangat, doa dan tawakkal kita semua akan terus diberikan ganjaran yang terbaik daripada Allah SWT.

http://www.iam.org.my/


Sunday 15 January 2012

20 Cara Membahagiakan Isteri Tersayang.

* Catatan ini saya perolehi daripada seorang rakan melalui laman FB. Setelah saya membacanya, saya rasakan amat seronok untuk berkongsi dengan pembaca yang lain. Jika terdapat sebarang kekurangan, kesilapan dan sebagainya boleh kita kongsikan bersama. Terima kasih.





20 Cara Membahagiakan Isteri Tersayang.

Rasulullah SAW bersabda :

“Yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik (perlakuannya) terhadap isteri-isterinya dan aku adalah yang terbaik di antara kalian terhadap isteri-isteriku.”



Rasullullah SAW juga bersabda :


“Tidak ada yang memuliakan wanita dengan sejati kecuali laki-laki yang pemurah (dermawan) dan tak seorangpun yang menghina mereka (wanita) kecuali laki-laki yang kasar.”



20 cara suami membahagiakan isterinya :
1)Hendaklah anda selalu memperlihatkanlah wajah yang menyenangkan ketika masuk ke rumah, ucapkan salam Islam “assalaamu’alaikum” dengan senyuman yang manis, raih tangannya dan peluklah isteri anda dengan mesra.



2)Ketika berbicara, ucaplah kalimat yang manis serta memikat isteri anda. Usahakan isteri anda merasa benar-benar diperhatikan dan menjadikannya wanita paling istimewa untuk anda. Untaian kalimat yang disampaikan kepadanya hendaklah jelas (ulangi jika perlu) dan panggillah isteri anda dengan sebutan yang dia sukai seperti ; manisku, sayangku, cintaku dan lain sebagainya.


3)Meskipun anda mempunyai beban kerja yang banyak, luangkanlah waktu untuk beramah mesra dan bersenda gurau dengan isteri anda. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana beliau juga beramah mesra dan menghabiskan waktu bersama para isteri beliau, meskipun pada saat itu beliau juga penuh dengan pekerjaan serta beban tanggung jawab yang sangat besar.






4)Mainkanlah suatu permainan ataupun selingan yang menggembirakan bersama isteri anda. Hal ini dinyatakan dalam suatu hadith bahawa Rasullah SAW bersabda :

“Semua hal yang di dalamnya tidak menyebut nama Allah SWT, adalah suatu yang sia-sia, kecuali dalam empat hal : seorang laki-laki yang sedang bermain dengan isterinya, melatih kuda, memanah di antara dua sasaran, serta mengajarkan berenang.”


5)Membantu pekerjaan sehari-hari rumahtangga. Usahakan membantu dan menolong isteri anda dengan tugas-tugas seharian rumahtangga anda, seperti membeli makanan, menyiapkan makanan, membersihkan serta mengatur rumah, dan lain sebagainya. Hal-hal seperti ini akan membawa kebahagiaan tersendiri pada diri isteri anda dan tentu saja akan semakin memperkuat cinta dan hubungan anda bersama sang Isteri.



6)Usahakan musyawarah selalu menghiasi rumahtangga anda. Bermusyawarahlah dengan isteri anda, dalam setiap permasalahan. Pendapat yang disampaikan Ummu Salamah kepada Rasulullah SAW pada saat perjanjian Hudaibiyyah adalah suatu kejadian yang sangat terkenal. Hal ini merupakan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk bermusyawarah dengan para isteri dan para sahabat beliau.





7)Ketika Isteri anda sedang berkunjung ke tempat saudaranya, teman-temannya, serta orang-orang saleh, maka temanilah isteri anda.



8)Tatacara melakukan perjalanan dan meninggalkan isteri di rumah. Jika anda tidak boleh membawa serta isteri anda dalam perjalanan, maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh rasa sayang, bekalkan isteri anda dengan persediaan keperluan sehari-hari dan wang secukupnya, mintalah isteri anda untuk mendo’akan anda, sentiasalah untuk menghubungi isteri anda. Jangan lupa untuk meminta pertolongan kepada orang yang anda percayai untuk menjaga keluarga anda selama anda tiada. Singkatkan perjalanan anda jika dirasa sudah tidak penting lagi dan pulanglah dengan membawa hadiah. Hindari untuk pulang pada malam hari atau pada saat-saat yang tidak diharapkan.



9)Pengurusan kewangan. Tumbuhkanlah sikap dermawan pada diri anda (tidak kedekut) dalam urusan pengeluaran rumah tangga anda sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Pengurusan kewangan yang baik (tidak boros ) sangat berguna untuk memelihara kestabilan perkahwinan anda.



10)Buatlah diri anda agar selalu berbau harum dan perindahkan penampilan anda. Allah SWT itu indah dan Dia menyukai keindahan. Maka selalu bersihlah anda, rapi, dan pakailah minyakwangi. Ibnu Abbas r.a. berkata :

“Saya menyukai keindahan diri saya sendiri untuk isteri saya, seperti halnya saya menyukai keindahan isteri saya untuk saya.”


11)Tentang hubungan. Merupakan tugas dari suami untuk mencukupi keperluan serta hasrat sang isteri. Boleh jadi ada waktunya kesihatan fizik dan psikologi isteri anda sedang berada dalam masa yang memerlukannya.






12)Penuh perhatian. Seorang suami muslim harus sangat perhatian dan penuh perasaan terhadap isterinya. Isteri anda pasti mengalami bermacam-macam perubahan baik secara fizik dan psikologi. Pada saat-saat seperti itu, isteri anda sangat memerlukan suatu perlakuan yang mesra dan penuh perhatian, agar isteri anda boleh menghapus kesusahan dan kesedihan yang sedang dialaminya, serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh.



13)Jagalah kerahsiaan perkahwinan Anda. Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Abu Sa’id Al-Khudry bahwa Rasulullah SAW bersabda :

“Sungguh di antara orang yang paling buruk di hadapan Allah SWT pada saat hari kebangkitan adalah laki-laki yang mendatangi isterinya untuk melakukan hubungan badan, dan dia menceritakan rahsia itu (tentang hubungan badan) kepada yang lain.”


14)Bekerjasama dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, solat berjama’ah dan selalu tingkatkan aktiviti anda dalam beribadah kepada Allah SWT, seperti bersedekah, dzikir (mengingat Allah SWT), dan solat pada malam hari (qiyamul lail). Rasulullah SAW bersabda :

“Semoga rahmat Allah SWT dilimpahkan kepada laki-laki yang bangun pada malam hari dan membangunkan isterinya untuk solat bersamanya, dan jika dia menolak maka percikkan air ke wajahnya”




15)Selalu menunjukkan rasa hormat kepada keluarga dan teman isteri anda.


16)Usahakan untuk mendidik isteri anda tentang islam dan berilah isteri anda nasihat-nasihat.



17)Cemburu yang sewajarnya.



18)Bersabar dan berlaku lembutlah kepada isteri anda. Kawal kemarahan anda dan buatlah sang isteri untuk menghilangkan keragu-raguannya terhadap anda, dan nasihatilah dia ketika melakukan suatu kesalahan.




19)Jadilah pema’af dan tegurlah isteri anda dengan cara yang baik dan sampaikan pada saat yang benar-benar tepat.



20)Jadilah seorang suami muslim yang sejati, dan terapkan semua yang pernah dibaca dan dipahami tentang Islam, dengan arif dan bijaksana.



“Nasihat Indah Untuk Suami Isteri”, karya Syeikh Umar Bakri Muhammad, bagaimana para suami memikat isteri mereka.


Friday 13 January 2012

Hadapi EXAM dengan hati yang tenang

Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat...

Ramai rakan kita di IPTA kini sedang bertungkus-lumus menempuh 'FINAL EXAM' setelah menunaikan amanah diri selama satu semester yang lalu. Semoga segala usaha kita akan mendapat ganjaran yang terbaik. Jangan sesekali putus asa dengan setiap usaha yang telah dilakukan. Yang paling penting kita kena IKHLAS dengan ilmu yang telah kita perolehi, mohon restu daripada Allah SWT, ibu bapa, ahli keluarga, sanak saudara, sahabat-sahabat, jiran tetangga dan sesiapa sahaja untuk mendoakan kejayaan kita. INSYA ALLAH, kita akan berasa tenang untuk menghadapi ujian ini. Sentiasa senyum dengan soalan yang hendak dijawab.



Buat persediaan dengan sebaiknya walaupun 'last minute', INGAT! bukan semuanya berkesan!!

Baca arahan sebaik mungkin. Nanti menyesal kemudian hari.

Tulis jawapan dengan penuh BERHATI-HATI, CERMAT dan KEMAS. Markah TERBAIK anda mungkin ada di situ.

Fikir jawapan yang terbaik. Jangan ambil masa terlalu lama tau..

Walaumacammana sekalipun, JANGAN GOPOH ketika menjawab! INI BAHAYA!
BERTENANG dan SELAWAT

Jangan MENIRU!!! Percaya dan YAKIN pada jawapan kita.

SEMAK semula jawapan yang telah kita tanda. JANGAN ambil mudah HAL INI!
SEMOGA KITA BERJAYA...



Wednesday 11 January 2012

DOA SOLAT SUNAT DHUHA

Sedikit perkongsian untuk kita semua, semoga kita peroleh keberkatan bersama.

Friday 6 January 2012

DOA RABITAH


Marilah sama-sama kita jadikan amalan harian kita.

MENYINGKAP KEHEBATAN SEJARAH LAHIRNYA TAKWIM HIJRAH

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar yang berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi yang mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

SEJARAH LAHIRNYA TAKWIM HIJRAH

Permulaan penggunaan Kalendar Hijrah adalah hasil daripada ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab R. A. Ini adalah turutan daripada Kesatuan Arab yang telah ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. 


Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka'b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W. Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun nama itu tidak lagi tepat sebagaimana yang kita alami sekarang. Contohnya Ramadhan yang berasal daripada 'al-Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun 'Jamad' bermaksud beku. Muharam pula dinamakan demikian kerana ia merupakan salah satu bulan yang diharamkan berperang dan Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam. Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama tersebut diberikan. 


Rejab pula ertinya bulan yang dihormati, kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan, oleh itu ia termasuk di dalam salah satu bulan haram. Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang setelah duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata sy ala (meng angkat). Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji). Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.



Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau bagaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut. Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma'il a.s. pada tahun 1855 S.M. dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M. Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah. Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia.

Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun
al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun a l - Wa d a ' iaitu tahun haji al-Wada' atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. 


Peristiwa semasa pemerintahan khalifah 'Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah 'Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam. Dalam perbincangan tersebut pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam. Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin Rabiulawal, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.


Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi.

Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali. Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai. Baki yang tinggal selepas itu ialah tahun Masihi yang telah berjalan sejak tahun Hijrah, kemudian kita darab dengan 33 dan natijahnya dibahagi pula dengan 32, kerana setiap 33 tahun Hijrah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Contohnya seperti berikut: (1980-622)/32 x33 = 1400H. 

Apabila kita hendak mengetahui tahun Masihi yang bersamaan dengan tahun Hijrah yang kita telah ketahui, kita darab tahun Hijrah dengan 32 dan natijahnya dibahagi dengan 33 kemudian ditambah dengan 622. Contoh seperti berikut: (1100x32/33) + 622 = 1688M

Untuk mengetahui secara lebih  lanjut berkaitan sejarah penentuan takwim hijrah, nama saat, hari dan bulan dalam Islam, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 21 bagi artikel yang berkaitan dengan Takwim Hijrah.

Terima Kasih kepada sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp5jan7.pdf & Wikipedia dan Buku Sirah Bulan-bulan Hijrah (Dr. Engku Ahmad Zaki).


Thursday 5 January 2012

DOA BANGUN DARIPADA TIDUR



MAKSUDNYA: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan dan kepadaNYA kami akan kembali.







'KOSONG' PADA BULAN SAFAR

Assalamualaikum w.b.t semua...


Sedar tak sedar kita dah berada dalam bulan kedua 1433H iaitu Safar. Ini menunjukkan kita bergerak semakin pantas untuk mengejar masa yang sekian lama berlalu meninggalkan kita yang sering leka. namun apa yang dikatakan bulan 'Safar" ini? Saya kongsikan bersama hasil pembacaan saya pada buku "SIRAH BULAN-BULAN HIJRAH", karangan Dr. Engku Amad Zaki.



Definisi: BULAN SAFAR
Dalam bahasa Arab, Safar bermaksud 'kosong'. Sudah menjadi kebiasaan orang Arab pada bulan safar ini, mereka akan meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka kosong kerana melaksanakan tugas-tugas penting seperti berperang, menuntut bela kematian saudara mereka, berdagang dan sebagainya.

Berilah Sumbangan Selagi Terdaya...

Dalam menempuh kehidupan, banyak perkara yang perlu dilalui. Adakalanya susah, senang, gembira, sedih, bahagia, gelisah dan sebagainya. Namun, dalam kehidupan ini jangan sesekali kita terlupa yang tanggungjawab kita kepada-NYA, sesama makhluk. Marilah kita sentiasa berusaha untuk memberikan apa sahaja sumbangan selagi kita mampu lakukannya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...