SALAM KASIH

Syukur Alhamdulillah kerana kita sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati segala ciptaan dan kekuasaan-NYA yang ada di alam ini. Sebagai hamba, amat besar tanggungjawab kita untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA yang Maha Berkuasa. Dalam menikmati kehidupan ini, jangan sesekali kita alpa untuk terus memberi sumbangan kepada makhluk Allah SWT walau apa jua. KEMBARA MINDA ini adalah hasil pembacaan dan pengalaman diri yang sedikit untuk dikongsikan bersama walaupun tidak sehebat mana. TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi apa sahaja di ruangan bicara ini dan tidak lupa kepada sumber-sumber rujukan saya.

Monday 30 April 2012

Rahsia Solat Awal Waktu










Salam sayang untuk semua,

Artikel ini saya perolehi daripada perkongsian ilmu daripada teman saya melaui e-mel yang telah ditulis oleh Ustaz Zahazan (Pensyarah UIAM)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Pada waktu Subuh 

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur 

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang- ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


Waktu Asar 

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidurla tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib 



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak 



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya...


Wallahualam...

Sunday 29 April 2012

Kejutan Dalam April - Ku bersyukur pada-NYA.


Salam mesra buat rakan-rakan semua..

Agak terkejut sebenarnya 'kami' setelah menyemak e-mel YAHOO pada 27 April jam 3.00 petang selepas pulang dari makan tengah selepas solat Jumaat yang lalu (ni pun nak cerita jugak). Bukan apa, hati yang memaksa diri untuk menyemaknya. Lagipun sejak balik dari Kursus Falak di ILDAS hari Rabu tu, tak buka lagi e-mel. Nak 'rest' dari dunia internet la sekejap (satu hari je pun). Ada satu e-mel yang bertajuk Keputusan Pertandingan Menulis Sajak Falak/Astronomi Sempena Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012. Bila buka sahaja e-mel , tengok-tengok nama 'kami' tersenarai sebagai pemenang tempat ke-3. Ya Allah, syukurnya dan sangat terkejut. Rupa-rupanya ada bakat juga 'kami' dalam menulis sajak ni. Ingatkan tak de 'skill' langsung. Mana tidaknya, hantar penyertaan pun 'last minute' selepas 2 hari fikirkan idea untuk menulis sajak ni (bukan senang oooo...).

Yang lebih memeranjatkan lagi, tarikh majlis penyampaian hadiah tu, 28 April 2012 (maknanya esok je la, hari Sabtu). Hari ni Jumaat. Sekarang masih kt Nilai. Tempatnya kt AEON Seberang Perai City Shopping Centre, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Maka, fikir punya fikir. Terpaksa balik juga. Bukan sebab nak ambil hadiah tu, tapi dah plan lama nak balik Penang, cuma tunggu masa saja, sebabnya ada urusan yang lebih penting dengan sahabat-sahabat Falak di Penang. Tunggu apalagi, terus bersiap-siap (bungkuih barang) untuk balik Penang la...

Syukurlah, dalam dok 'kalut-kalut' tu, ada jugak tiket bas nak balik Penang, sebab tiket keretapi dah habis. Sedih lah juga, sebab sebelum ni dok setia ngan keretapi je. Nasib tak menyebelahi 'kami'. Maka sampai sahaja kat rumah, Mak terkejut la yang 'kami' balik. Abah lagi la terkejut, tu pun lepas tengah hari baru perasan 'kami' ada kat rumah. Hahahaha...

Cerita tu dah lepas. Apa-apapun TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada penganjur Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012 iaitu Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Petrosains atas kejayaan menganjurkan program ilmu lagi bermanfaat yang sedemikian rupa. Tahniah juga kepada pemenang tempat pertama dan kedua (pencabar la ni..hehehe) kerana sajak 'hangpa' memang best dari sajak 'kami'. Insya Allah nanti 'kami' masukkan sajak 'hangpa' ni jika diizinkan penganjur. Ini keputusannya:


Pertama : "Bayang, Cinta Dan Bahagia" - Muhammad Muhaimin B. Mohd Subki
Kedua    : " Perindu Cakerwala" - Noraziah Binti Md Desa
Ketiga    : " Bicara As-Syi'ra" - Mohd Razlan Bin Ahmad


Selain itu, antara pengisian pada majlis tersebut adalah seperti berikut:

28 April 2012 - AEON Seberang Perai City Shopping Centre.

10.00 pagi   - Pameran Falak & Cerapan Matahari
10.30 pagi   - Bicara Falak
                        Tajuk 1: Masjid & Surau - Hukum dan Isu yang berkaitan.
                        Tajuk 2: Penentuan dan Penetapan Arah Kiblat.
2.30 petang - Talk Show Astronomy
                        Oleh: Kapten Mohammed Faiz Kamaludin (Calon Angkasawan Negara)
4.30 petang - Pertunjukan Soap Bubble.
4.45 petang - Pertandingan Deklamasi Sajak Falak/Astronomi.
8.00 malam - Majlis Perasmian Penutup,
9.30 malam - Cerapan Bintang/Planet

*p/s: Kepada peminat falak yang sudi untuk berkongsi sajak bersama saya, amatlah dialu-alukan.

Untuk gambar pula, nanti saya masukkan dari semasa ke semasa. Yang ada pun ini sahaja (guna handphone sahaja). Tak berapa cantik...

Kan tak berapa 'clear' tu..tunggu yang clear la nanti..

Ucapan aluan Y. Bhg. S. S. Dato' Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri P. Pinang 

Inilah rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada 'kami'










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...