Kehebatan Rasul SAW untuk kekuatan kita bersama...
Tiada apa yang mampu saya ungkapkan sempena peristiwa agung kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiul Awal tiap-tiap tahun. Kehebatan, keangungan, kemasyuran, kemuliaan dan sebagainya sentiasa disebut sehingga ke akhir zaman. Umum mengetahui akan keagungan peristiwa ini. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan lafaz syukur pada-NYA kerana masih mengekalkan keimanan di hati. Moga-moga diberikan hidayah dan kekuatan hati untuk terus berusaha menjadi umat dan hamba yang terbaik. marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang telah membawa sinar keimanan sehingga ke hari ini.
"Salam Mauldiur Rasul SAW 1433H"
Makna perkataan "Selawat"
Perkataan selawat ( bahasa Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat
(bahasa Arab: الصلاة ), doa, pujian]
Telah berkata Al-Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah:
- Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
- Dan salawat malaikat ialah doa.
- Dan salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]
Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

+wit+name.jpg)

No comments:
Post a Comment