RASA TIDAK ADIL BUKAN JIKA ANDA YANG TELAH BERTAHUN-TAHUN LAMANYA MENCURAHKAN BAKTI KEPADA MAJIKAN MASIH KEKAL SEBAGAI KAKITANGAN BIASA. SEMENTARA ADA PULA DI KALANGAN RAKAN-RAKAN YANG SEUSIA, BAHKAN ADA YANG LEBIH MUDA MEMILIKI KARIER YANG HEBAT.
Cemburu bukan? Tidak salah jika anda berasa iri hati tetapi lebih baik jangan dipendam. Jadikan ia sebagai pemacu untuk anda menjadi seorang yang lebih bersemangat. Tanamkan juga dalam diri anda bahawa jika mereka boleh, sudah tentu anda juga boleh.
Tidak ada silapnya juga jika ada bersiap sedia menghadapi kejayaan dari pengalaman mereka yang sudah terlebih dahului menikmatinya. Siapa tahu selepas ini mungkin anda pula yang bakal meraih karier yang lebih terjamin.
Kebiasaannya, kejayaan memang menuntut usaha keras. Bukan sahaja perlu bekerja pada waktu bekerja normal, sebaliknya anda perlu menggunakan sedikit masa peribadi anda untuk melakukan kerja anda. Mungkin anda juga bakal kehilangan hari luang anda, selain melepaskan masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan demi mengapai kejayaan.
Bekerja keras biasanya menunjukkan cara seseorang membuktikan bahawa mereka memiliki komitmen, integrity dan nilai yang dipegang. Tidak manis jika anda berjaya naik pangkat dengan membodek ketua, sebaliknya lebih manis jika anda menunjukkan kemampuan sendiri.
TAMPIL BERBEZA - Di antara ramai kakitangan di pejabat, anda jarang dapat dinilai mengikut prestasi sebenar. Oleh itu, kejayaan bermula dengan keberanian anda tampil dengan cara yang berbeza. Tidak mudah untuk meraih posisi di atas. Anda harus berani bersaing dan harus mempunyai kemampuan diri sendiri.
Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan keupayaan. Contohnya dengan mengikuti kursus dan latihan, sama ada perlu dibiayai atau secara percuma. Namun jika syarikat anda tidak mempunyai kemudahan tersebut, anda boleh mengemukakan permohonan kepada bahagian sumber manusia.
Percaya dan cubalah kerana kebanyakan program mampu digunakan bagi tujuan pengembangan kerjaya anda. Jika permintaan anda berjaya, jangan lupa mesukkan sekali kebaikannya kepada pihak syarikat memandangkan kebanyakkan majikan mahu kursus yang dianjurkan member keuntungan kepada mereka.
Selepas kursus pastikan juga anda tidak lagi bergantung kepada deskripsi tugasan semata-mata. Anda akan lebih dilihat oleh pihak atasan jika anda lebih menonjol berbanding teman sekerja yang lain dan mempunyai potensi besar yang akan mempengaruhi karier anda pada masa hadapan.
MENGHADAPI TEKANAN - Menjadi seorang pekerja pasti tidak lepas dengan tekanan, apatah lagi beban tugasan yang diserahkan kepada anda. Mungkin mustahil untuk anda menghindari tekanan tetapi anda boleh mencari jalan untuk melegakan tekanan. Anda perlu positif kerana pastinya ada jalan penyelesaian.
KALAHKAN DIRI SENDIRI - 'Semakin tinggi pokok, semakin kuat angin menerpa'. Begitu lumrah dunia bekerja. Semakin anda berusaha untuk mencapai kejayaan, semakin banyak halangan mahupun tentangan yang perlu anda hadapi. Namun tahukah anda halangan terbesar adalah datang dari diri sendir?
Jika anda jujur dengan diri sendiri, anda akan berbangga dengan pencapaian yang diraih. Namun sifat lupa menjadikan kita akan terus menjaga tingkah laku kerana kejayaan tersebut dan 'ikutlah resmi padi, makin berisi semakin tunduk'.
TETAPKAN SEMANGAT - Pastinya anda tidak mahu jika kejayaan yang diraih hanya bertahan untuk seketika. Oleh itu anda harus mempunyai strategi untuk mempertahankan kejayaan anda. Anda boleh mengaplikasikan tiga langkah berikut:
1.Mempunyai definisi jelas tentang kejayaan dan kegagalan - Ini membuatkan anda akan lebih fokus dalam bekerja. Ingatlah bahawa kejayaan anda sekarang berkat prinsip anda tentang kejayaan lalu.
2.Memiliki tujuan yang ingin dicapai - Jangan mudah berasa puas. Walaupun anda sudah mencapai posisi yang diingini, bukan bermakna anda boleh bersantai selepas itu. Oleh itu, anda harus memiliki tujuan atau sasaran untuk mempertahankan prestasi anda.
3.Lakukan pekerjaan sesuai dengan kejayaan anda - Yakin bahawa setiap tugasan yang anda lakukan setimpal dengan kejayaan yang anda raih. Kekalkannya agar pihak atasan percaya kepada keupayaan anda dan ganjarannya, akan diberi penilaian positif.
JANGAN GENTAR BERSAING - Walaupun anda berjaya, tidak bermakna anda terlepas dengan persaingan. Maklum sahaja kerana ramai yang ingin merebut posisi selesa anda. Itu belum lagi dicampurkan dengan isu jantina dalam persaingan kerana kebanyakan wanita dijadikan pihak yang lebih lemah.
Untuk menghadapinya, anda harus mengenali kelemahan dan kekuatan diri. Jika anda dapat mengenali diri sendiri, ia akan menjadi lebih mudah untuk menguruskan diri sendiri.
Terima kasih kepada sumber:


No comments:
Post a Comment