SALAM KASIH

Syukur Alhamdulillah kerana kita sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati segala ciptaan dan kekuasaan-NYA yang ada di alam ini. Sebagai hamba, amat besar tanggungjawab kita untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA yang Maha Berkuasa. Dalam menikmati kehidupan ini, jangan sesekali kita alpa untuk terus memberi sumbangan kepada makhluk Allah SWT walau apa jua. KEMBARA MINDA ini adalah hasil pembacaan dan pengalaman diri yang sedikit untuk dikongsikan bersama walaupun tidak sehebat mana. TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi apa sahaja di ruangan bicara ini dan tidak lupa kepada sumber-sumber rujukan saya.

Saturday, 7 July 2012

10 CARA KRITIK RAKAN SEKERJA

Dalam satu organisasi, pasti ada di antara rakan-rakan sekerja yang melakukan kesalahan sama ada tidak sengaja ataupun yang disengajakan. Akibatnya, secara tidak langsung ia mengganggu ketenteraman para pekerja lain.

Mahu atau tidak, anda yang merupakan sebahagian daripada komuniti tersebut perlu mengingatkan rakan-rakan sekerja yang bermasalah ini atau memberi sedikti teguran. Berikut beberapa cara untuk menyampaikan kritikan yang berkesan:



1. Kenal pasti perilaku yang ingin anda kritik. Pastikan tujuan kritik tersebut terhadap kelakuannya dan bukan kepada orangnya. Sebaiknya, anda perlu menilai kritikan yang ingin dibuat itu secara rasional supaya mencapai sasaran.

2. Perlu menyatakan kritikan yang lebih spesifik dengan menyebutkan peristiwa yang lebih terperinci. Cara itu, rakan tersebut dapat memahami dan menerima teguran itu dan seterusnya memperbaiki apa yang salah selama ini.

3. Tunjukkan bahawa anda juga bersedia membantu menyelesaikan masalah bersama dengan mengucapkan perkara yang merujuk ‘kita’ kepada ‘anda’ kerana ia boleh menjejaskan hubungan sekerja.

4. Mengenali perilaku yang dijadikan sasaran itu merupakan sesuatu yang dapat diubah seperti tingkah laku seseorang. Ini kerana perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perniagaan tidak selalu dapat diubah.

5. Pastikan orang yang anda kritik itu tahu alasannya mengapa dia dikritik. Anda perlu menyampaikan kritikan itu secara konkrit. Tidak perlu mengada-adakan cerita bagi menjadikan ia lebih sensasi.

6. Tidak perlu berkias-kias atau menyindir rakan tersebut. Ungkapkan kritikan anda dengan kata-kata singkat dan jelas kerana ia lebih berkesan dan mudah diterima.

7. Jangan sesekali menaikkan intonasi suara anda. Suara yang kedengaran seperti kasar atau marah sangat kurang efektif. Hasilnya bukan positif, malah menjadi suatu yang menyakitkan hati dan menimbulkan kemarahan.

8. Tawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jangan hanya menyampaikan kritikan tetapi tidak memberikan penyelesaikan kepada permasalahannya.

9. Jika anda mahu membuat kritikan secara bertulis, tenangkan diri terlebih dahulu sebelum mulai menulis. Hasilnya tulisan anda lebih rasional. Jangan letakkan surat tersebut di sebarang tempat atau di tempat yang terbuka bagi mengelakkan ia boleh ditemui oleh rakan sekerja yang lain.

10. Tunjukan sikap bahawa anda memahami apa yang rakan tersebut rasakan. Pertimbangkan baik-baik. Anda juga boleh meletakkan diri anda di tempatnya yang secara tidak langsung akan menjadikan anda memahami tindakan yang dilakukannya.

Sumber:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...